RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR – MAKLUMAT AM


Merupakan kerjasama Yayasan Selangor dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menempatkan dan menaja pelajar-pelajar di sekolah-sekolah terpilih yang tinggal di asrama atau berulang dari rumah.


Sasaran adalah pelajar-pelajar Tingkatan Satu (lepasan UPSR).


KRITERIA PEMILIHAN


* Pemohon mesti mengisi borang permohonan dengan lengkap sebelum tarikh tutup permohonan.
* Keputusan UPSR 6A atau tidak kurang 4A 2B/2C
* Bersekolah rendah dalam negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan
* Pemohon, ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau yang bertaraf pemastautin (tinggal di Negeri Selangor lebih 10 tahun)
* Pendapatan per kapita keluarga (Gaji Bapa + Gaji Ibu bahagi Tanggungan) tidak melebihi RM1,500.00


A) KONSEP BERASRAMA

1. Pelajar akan ditempatkan di sekolah yang mempunyai asrama
2. Pelajar akan tinggal dan belajar di asrama

ASRAMA PUSAT

1. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (lelaki sahaja)

* Penempatan bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan Lima

2. Asrama Yayasan Selangor Klang

* Penempatan bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan Lima (Lelaki & Perempuan)

ASRAMA SEKOLAH

1. SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam
2. SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam
3. SMK Bagan Terap, Sabak Bernam
4. SMK Sungai Besar, Sabak Bernam
5. SMK Dato' Mustaffa, Sekinchan, Sabak Bernam
6. SMK Dato' Harun, Tanjung Karang
7. SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang
8. SMK Tinggi Klang, Klang
9. SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat
10. SMK Bukit Changgang, Banting
11. SMK Banting, Banting
12. SMK Seri Sepang, Sepang
13. SMK Tinggi Kajang, Kajang
14. SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang
15. SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi
16. SMK Damansara Utama, Petaling Jaya
17. SMK Raja Abdullah, Kuala Lumpur
18. SMK Tinggi Setapak, Kuala Lumpur
19. SMK Kuala Kubu Bharu

B) KONSEP BERULANG

1. Pelajar ditawarkan tempat di sekolah yang terpilih
2. Pelajar berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing SEKOLAH
1. SMK Convent Klang
2. SMK Methodist (P) Klang
3. SMK Methodist (L) Klang
4. SMK La Salle Klang
5. SMK (P) Bukit Kuda, Klang
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
7. SMK (L) Victoria, Kuala Lumpur
8. SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya
9. SMK Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
10. SMK (P) Assunta, Petaling Jaya
11. SMK Seri Bintang Utara Kuala Lumpur
12. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
13. SMK Seksyen 7 Shah Alam

Kemasukan bagi pelajar-pelajar Tingkatan Empat (lepasan PT3) adalah tertakluk kepada kekosongan asrama. Pemohon boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal untuk maklumat lebih lanjut.

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara